HOME: Home

Welcome to UiTM Health Centre

E-mail Print PDF

Penutupan Operasi Pusat Kesihatan UiTM Shah Alam Sempena Cuti
Hari Raya Aidilfitri Tahun 2014

26 Julai 2014 ( Sabtu ) - 3 Ogos 2014 ( Ahad )

* Pusat Kesihatan UiTM Shah Alam akan beroperasi seperti biasa
bermula 4 Ogos 2014 ( Isnin )
E-mail Print PDF

Program Kesihatan Sempena Bulan Inovasi UiTM 2014

Assalamualaikum warahmatullah & Salam Sejahtera,

 

Saya bagi pihak Pusat Kesihatan UiTM Shah Alam ingin merakamkan ucapan Selamat Menjalani Ibadah Puasa dan seterusnya disusuli dengan ucapan Selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Semoga dengan keberkatan bulan Ramadhan dengan ibadah puasa yang sempurna dapat membentuk warga UiTM yang sihat rohani dan jasmani.

Penjagaan kesihatan khususnya berkaitan pemakanan yang seimbang adalah penting untuk diberi perhatian, baik ketika menjalani ibadah puasa mahu pun ketika sambutan Hari Raya Aidil Fitri. Pelbagai menu yang dihidangkan ketika majlis berbuka puasa disusuli dengan kemeriahan sambutan Hari Raya Aidil Fitri akan memberi kesan kepada kesihatan kita sekiranya tidak dikawal.

Bersempena dengan sambutan bulan Inovasi UiTM 2014, Pusat Kesihatan UiTM akan melaksanakan satu program dikenali sebagai Minggu Kesihatan Inovasi bertemakan . Program ini akan berlangsung dari 18 hingga 22 Ogos 2014 bertujuan untuk menggalakkan para kakitangan dan pelajar UiTM yang berusia 30 tahun ke atas serta tidak pernah mengidap sebarang penyakit metabolik untuk melakukan pemeriksaan kesihatan dan ujian darah di Pusat Kesihatan UiTM Shah Alam. Program ini diharapkan akan dapat membuat pengesanan awal penyakit-penyakit metabolik di kalangan warga UiTM.

Sekiranya pihak tuan/puan berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut atau ingin menyertai program ini, bolehlah membuat pendaftaran awal atau pertanyaan kepada Puan Rokiah Haming Sumpa (55443982), Puan Saadiah Abdul Karim (55441499) atau Puan Erazni Omar (55443835)

Sekian, terima kasih.

 

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA & SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI.

DR ZAITON NASIR

Pengarah

Pusat Kesihatan UiTM

E-mail Print PDF

Program Vaksinasi HPV Khas Untuk Warga UiTM

Program vaksinasi HPV untuk warga UiTM diperkenalkan dengan tujuan memberi peluang kepada golongan sasar tertentu (warga wanita UiTM samada staff ataupun mahasiswi) yang tidak termasuk dalam program khas pelalian HPV LPPKN untuk mendapatkan perlindungan dari jangkitan HPV yang boleh mendatangkan risiko penyakit sistem reproduktif khususnya kanser serviks.

E-mail Print PDF

Program Vaksinasi HPV LPPKN untuk Pelajar UiTM

Page 1 of 3

  • «
  •  Start 
  •  Prev 
  •  1 
  •  2 
  •  3 
  •  Next 
  •  End 
  • »