Saya staf UiTM. Bolehkah ambulan Pusat Kesihatan digunakan untuk membawa ibu saya yang sedang sakit dari rumah ke Hospital?

Tidak. Ambulan Pusat Kesihatan adalah untuk kegunaan kecemasan bagi membawa pelajar dan staf ke hospital. Tuan/Puan boleh menggunakan perkhidmatan ambulan Hospital kerajaan dan swasta untuk membawa ahli keluarga dari rumah ke hospital.