Tidak. Pembelian kerusi roda dan tongkat tidak ditanggung oleh UiTM.
Ya, had maksimum bil rawatan termasuk pembedahan ialah sebanyak RM2,500.00 per semester atau sebanyak RM15,000.00 sepanjang pengajian di UiTM
Tidak. Buat masa ini semua pesakit yang memerlukan rawatan fisioterapi dirujuk ke hospital kerajaan
Tidak. Pusat Kesihatan tidak menyediakan perkhidmatan pengurusan jenazah. Pengurusan jenazah pelajar diuruskan oleh Unit Pengurusan Kebajikan Pelajar, HEP. Manakala pengurusan jenazah staf diuruskan oleh Bahagian Saraan dan Kemudahan Staf, Pejabat Pendaftar di talian 03-55443047
Sebarang permohonan perlu mendapatkan kelulusan dari Pengarah Pusat Kesihatan
Sekiranya anda berada di luar kawasan, sila hubungi Pusat Kesihatan di talian 03-55443833 untuk bantuan
Ya, sekiranya anda mendapatkan rawatan di Hospital Kerajaan, anda boleh membuat tuntutan bil rawatan dengan mengemukakan resit asal, salinan kad pelajar dan salinan buku bank di Pejabat Pentadbiran Pusat Kesihatan UiTM. Rawatan di klinik dan hospital swasta tidak ditanggung oleh UiTM
Pusat Kesihatan menyediakan kemudahan perkhidmatan kesihatan seperti rawatan perubatan, rawatan pergigian, perkhidmatan makmal dan x-ray.
Anda tidak dibenarkan mengambil atau membuat rakaman sebarang gambar di dalam bangunan Pusat Kesihatan.
Anda boleh menghubungi Pejabat Pengarah di talian 03-55443631.
