FAQ Administration Unit

1. Saya mengalami kemalangan melibatkan kecederaan di bahagian kaki dan memerlukan kerusi roda untuk bergerak. Sekiranya saya membeli kerusi roda tersebut, bolehkah saya menuntut kembali bayaran daripada Pusat Kesihatan UiTM?

Tidak. Pembelian kerusi roda dan tongkat tidak ditanggung oleh UiTM.

 

2.  Adakah terdapat had maksimum bil rawatan hospital untuk setiap pelajar?

Ya, had maksimum bil rawatan termasuk pembedahan ialah sebanyak RM2,500.00 per semester atau sebanyak RM15,000.00 sepanjang pengajian di UiTM

 

3.  Adakah terdapat perkhidmatan fisioterapi di Pusat Kesihatan?

Tidak. Buat masa ini semua pesakit yang memerlukan rawatan fisioterapi dirujuk ke hospital kerajaan

 

4. Adakah terdapat perkhidmatan pengurusan jenazah di Pusat Kesihatan?

Tidak. Pusat Kesihatan tidak menyediakan perkhidmatan pengurusan jenazah. Pengurusan jenazah pelajar diuruskan oleh Unit Pengurusan Kebajikan Pelajar, HEP. Manakala pengurusan jenazah staf diuruskan oleh Bahagian Saraan dan Kemudahan Staf, Pejabat Pendaftar di talian 03-55443047

 

5.  Sebagai seorang kakitangan UiTM, bolehkah saya menggunakan bilik mesyuarat Pusat Kesihatan?

Sebarang permohonan perlu mendapatkan kelulusan dari Pengarah Pusat Kesihatan

 

6.  Dimanakah saya boleh mendapatkan Surat Akuan Rawatan Pelajar (GL) sekiranya saya berada di luar kawasan?

Sekiranya anda berada di luar kawasan, sila hubungi Pusat Kesihatan di talian 03-55443833 untuk bantuan

 

7. Sebagai seorang pelajar, bolehkah saya membuat tuntuan bil rawatan selepas saya mendapat rawatan di hospital?

Ya, sekiranya anda mendapatkan rawatan di Hospital Kerajaan, anda boleh membuat tuntutan bil rawatan dengan mengemukakan resit asal, salinan kad pelajar dan salinan buku bank di Pejabat Pentadbiran Pusat Kesihatan UiTM. Rawatan di klinik dan hospital swasta tidak ditanggung oleh UiTM

 

8.  Apakah kemudahan yang terdapat di Pusat Kesihatan?

Pusat Kesihatan menyediakan kemudahan perkhidmatan kesihatan seperti rawatan perubatan, rawatan pergigian, perkhidmatan makmal dan x-ray.

 

9.  Bolehkah saya mengambil gambar atau membuat sebarang rakaman di kawasan Pusat Kesihatan?

Anda tidak dibenarkan mengambil atau membuat rakaman sebarang gambar di dalam bangunan Pusat Kesihatan.

 

10. Bagaimana saya ingin membuat temujanji bersama Pengarah?

Anda boleh menghubungi Pejabat Pengarah di talian 03-55443631.

Contact Us

Pusat Kesihatan
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

pusatkesihatan@uitm.edu.my

Tel: +603 5544 3630/3631/3833/2999
Fax: +603 5544 3634

     

© COPYRIGHT UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA 2020

Copyright © 2020 Pusat Kesihatan UiTM. All Rights Reserved.

Disclaimer & Copyright | Privacy Statement | ICT Security Policy