FAQ Diagnostic & Quality Management Unit

Medical Imaging (X-Ray)


1. Adakah ibu hamil boleh melakukan pemeriksaan x-ray?

Ibu hamil boleh menjalani pemeriksaan x-ray  selepas trimester ke tiga iaitu usia kandungan memasuki 24 minggu, jika pemeriksaan ini sangat diperlukan selepas mendapat nasihat dari Pegawai Perubatan

 

2. Kenapa saya perlu menukar pakaian ketika menjalani pemeriksaan x-ray?

Sesetengah pemeriksaan x-ray memerlukan pesakit menukar pakaian. Ini kerana pakaian yang mempunyai zip,manik dan butang yang boleh menggangu keputusan x-ray.

 

3. Berapa lamakah pemeriksaan x-ray dijalankan?

Masa yang diambil untuk pemeriksaan x-ray adalah bergantung kepada jenis x-ray yang dijalankan. Contohnya, pemeriksaan x-ray dada (Chest X-Ray) akan mengambil masa antara 10 hingga 15 minit.

 

4. Saya seorang wanita. Bolehkah saya meminta staf wanita yang melakukan pemeriksaan x-ray saya?

Boleh, sekiranya pada waktu itu terdapat juru x-ray wanita yang bertugas. Jika tiada juru x-ray wanita, kami boleh mendapatkan staf wanita lain untuk menemani puan sepanjang pemeriksaan x-ray dijalankan. 

 

5. Adakah saya perlu berjumpa dengan Pegawai Perubatan sebelum menjalani pemeriksaan x-ray?

Ya. Setiap prosedur x-ray perlu terlebih dahulu mendapat konsultasi daripada Pegawai Perubatan.

 

 

6. Apakah ujian HbA1c dan kepentingannya?

Ujian hemoglobin A1c (HbA1c, A1C, or Hb1c) digunakan untuk menentukan purata kepekatan glukosa dalam plasma darah.

Ujian ini dilakukan untuk:

       a) mendiagnosis pesakit dengan diabetes mellitus (kencing manis)

       b) menentukan keberkesanan pengawalan (monitoring) rawatan pesakit diabetes mellitus

 

7. Saya menjalani ujian saringan hepatitis B dan didapati positif Hepatitis B. Apakah yang perlu saya lakukan?

Anda perlu berjumpa Pegawai Perubatan untuk sesi konsultasi seterusnya dirujuk ke klinik pakar.

 

8. Apakah persediaan yang perlu saya lakukan sebelum mengambil darah?Sesetengah ujian darah memerlukan anda berpuasa antara 8 hingga 12 jam, contohnya sekiranya anda perlu menjalani ujian gula dalam darah (Fasting Blood Sugar) dan ujian paras kolestrol darah. Beberapa ujian lain tidak memerlukan anda berpuasa misalnya, ujian FBC (Full Blood Count) yang dijalankan untuk memantau pesakit denggi.

 

Medical Laboratory


1. Berapa kerapkah saya perlu menjalani ujian HbA1c?

Ujian HbA1c biasanya dijalankan setiap 3 hingga 6 bulan sekali. Pegawai Perubatan yang membuat pemeriksaan akan menentukan kekerapan ujian bergantung kepada tahap kawalan penyakit kencing manis pesakit. 

 

2. Sekiranya saya menjalani ujian saringan dadah dan keputusannya positif, apakah prosedur selanjutnya?

Sampel air kencing anda akan dihantar untuk Ujian Pengesahan dadah ke Makmal Dadah dan Penyelidikan Hospital Kuala Lumpur. Keputusan sampel air kencing anda hanya boleh didapati selepas sebulan.

 

3. Saya seorang wanita, bolehkah saya meminta staf wanita untuk mengambil darah saya?

Boleh sekiranya ada staf wanita yang bertugas pada hari tersebut.

 

4. Adakah saya boleh menjalani ujian tiroid di Pusat Kesihatan sedangkan temujanji saya di klinik lain?

Boleh. Sila bawa kad temu janji dari klinik berkenaan untuk rujukan kami.

 

5. Bolehkah saya menjalani ujian/saringan penyakit talasemia di Pusat Kesihatan?

Anda boleh menjalani ujian saringan talasemia tetapi bayaran akan dikenakan sebanyak RM30.00 sahaja.

 

6. Saya diarahkan oleh Doktor untuk menjalani ujian MGTT. Bagaimana ujian MGTT dilakukan?

Ujian MGTT digunakan bagi tujuan mengenalpasti pesakit pre-diabetis, diabetis dan diabetis semasa mengandung. Jangan makan atau minum apa-apa selain daripada air kosong selama 8 - 10 jam sebelum ujian anda. Anda akan disuruh untuk mengambil darah dan air kencing sebanyak 3 kali. Darah dan air kencing anda akan diambil semasa anda puasa dan kemudian anda akan diminta untuk minum air glukos. Selepas 1 jam pertama dan 1 jam selepas itu, anda akan diambil darah dan air kencing untuk kali kedua dan kali ketiga. Sepanjang proses ujian dijalankan pesakit dikehendaki berehat dan hanya dibenarkan minum air kosong. Ujian boleh dijalankan menggunakan sampel darah yang diambil dari hujung jari ataupun lengan.

 

7. Apakah jenis-jenis ujian darah yang boleh dilakukan untuk mengukur kadar gula dalam darah?

Terdapat beberapa jenis pemeriksaan glukosa yang dijalankan.:

  • Fasting Blood Sugar (FBS) atau pemeriksaan glukosa ketika berpuasa. Ianya adalah pemeriksaan bagi mereka yang tidak mengambil apa-apa makanan atau minuman manis sekurang-kurangnya selama 8 jam 
  • Random Blood Sugar (RBS) atau pemeriksaan glukosa tanpa perlu berpuasa merupakan ujian rawak bagi mengesan kandungan gula sesesorang. Jika bacaan terlalu tinggi, berkemungkinan pesakit tersebut menghadapi masalah diabetes. Namun ianya bukan ujian pengesahan untuk mendiagnosa seseorang itu diabetis ataupun tidak. 
  • 2-Hour Postprandial Glucose (2HPP) atau pemeriksaan glukosa 2 jam selepas makan. Ianya bertujuan untuk menguji keberkesanan pankreas mengeluarkan insulin bagi mengawal gula.
  • Modified Glucose Tolerance Test (MGTT) pula merupakan ujian pemeriksaan gula bagi diagnosis diabetes dikalangan wanita hamil dan orang biasa.Pesakit akan diminta untuk minum air gula ( Glukosa : 75 g di dalam 250 – 300 ml air ) dan darah akan diambil sebelum minum dan 2 jam selepas minum air gula.

 

Contact Us

Pusat Kesihatan
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

pusatkesihatan@uitm.edu.my

Tel: +603 5544 3630/3631/3833/2999
Fax: +603 5544 3634

     

© COPYRIGHT UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA 2020

Copyright © 2020 Pusat Kesihatan UiTM. All Rights Reserved.

Disclaimer & Copyright | Privacy Statement | ICT Security Policy