FAQ Medical Unit

1. Bolehkah ambulan Pusat Kesihatan digunakan untuk memindahkan staf/ahli keluarga staf yang sakit dari hospital kerajaan ke hospital kerajaan/hospital swasta lain?

Pesakit yang dipindahkan atas nasihat doktor daripada hospital kerajaan ke hospital kerajaan lain akan dikendalikan sepenuhnya oleh staf dan ambulan hospital kerajaan berkenaan. Pemindahan pesakit daripada hospital kerajaan ke hospital swasta perlu diuruskan sendiri oleh keluarga atau oleh hospital swasta berkenaan.

Ambulan Pusat Kesihatan tidak boleh digunakan untuk urusan pemindahan pesakit dari hospital ke hospital.

 

2. Adakah Pusat Kesihatan menyediakan perkhidmatan rawatan bagi bayi dan kanak kanak?

Ubat ubatan untuk bayi dan kanak kanak adalah terhad di Pusat Kesihatan. Puan digalakkan mendapat rawatan di klinik panel untuk pilihan jenis ubat yang lebih banyak.

 

3. Saya staf UiTM berumur 30 tahun. Bolehkah saya memohon untuk membuat saringan kesihatan secara percuma di Pusat Kesihatan UiTM?

Saringan kesihatan dilaksanakan di Pusat Kesihatan secara percuma untuk staf yang berumur 40 tahun ke atas. Utuk staf yang berumur kurang 40 tahun, bayaran akan dikenakan bergantung kepada jenis ujian yang dilaksanakan.  

 

4. Bolehkah saya mendapatkan suntikan vaksinasi bagi bayi saya di Pusat Kesihatan?

Suntikan vasinasi untuk bayi tidak terdapat di Pusat Kesihatan. Puan boleh mendapatkan perkhidmatan tersebut daripada klinik kesihatan kerajaan dan klinik panel UiTM lain.

 

5. Saya seorang perokok tegar. Bolehkah Pusat Kesihatan membantu saya untuk berhenti merokok?

Ya , Anda boleh datang ke Pusat Kesihatan dan mendapatkan temujanji Klinik Berhenti Merokok.

 

6. Bolehkah saya mendapatkan ubat tanpa perlu berjumpa doktor?

Tidak. Anda perlu berjumpa Pegawai /Penolong Pegawai Perubatan terlebih dahulu untuk sesi konsultasi sebelum mengambil ubat.

 

7. Saya staf UiTM. Bolehkah ambulan Pusat Kesihatan digunakan untuk membawa ibu saya yang sedang sakit dari rumah ke Hospital?

Tidak. Ambulan Pusat Kesihatan adalah untuk kegunaan kecemasan bagi membawa pelajar dan staf ke hospital. Tuan/Puan boleh menggunakan perkhidmatan ambulan Hospital kerajaan dan swasta untuk membawa ahli keluarga dari rumah ke hospital.

 

8. Adakah Pusat Kesihatan menyediakan kemudahan pemeriksaan HIV untuk pasangan yang ingin berkahwin?

Tidak. Ujian HIV pra perkahwinan hanya dijalankan di klinik kesihatan kerajaan sahaja.

 

9. Adakah Pusat Kesihatan menyediakan perkhidmatan klinik ibu mengandung?

Tidak. Perkhidmatan ini tidak disediakan di Pusat Kesihatan.

Contact Us

Pusat Kesihatan
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

pusatkesihatan@uitm.edu.my

Tel: +603 5544 3630/3631/3833/2999
Fax: +603 5544 3634

     

© COPYRIGHT UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA 2020

Copyright © 2020 Pusat Kesihatan UiTM. All Rights Reserved.

Disclaimer & Copyright | Privacy Statement | ICT Security Policy