FAQ Oral Health Unit

1. Adakah terdapat perkhidmatan OPG (Orthopantomogram) di klinik pergigian?

Tiada perkhidmatan OPG (Orthopantomogram) di klinik pergigian ini.

 

2. Mengapa di klinik pergigian UiTM nombor giliran tidak dipanggil mengikut turutan?

Nombor giliran yang diberi adalah berbeza iaitu mengikut  jenis rawatan/temujanji yang diberi.

Keutamaan diberi kepada pesakit yang telah mempunyai temujanji.

 

3. Bagaimana cara untuk saya mendapat temujanji untuk prosedur pergigian seperti tampalan dan cabutan?

Sebelum mendapatkan tarikh temujanji, anda perlu menjalani pemeriksaan terlebih dahulu. Kemudian, tarikh temujanji  akan diberikan di Kaunter Pendaftaran Pergigian atau melalui telefon.

 

4. Mengapa saya perlu menunggu lama untuk mendapatkan rawatan pergigian?

Setiap prosedur rawatan mengambil masa yang panjang untu diselesaikan. Secara purata setiap kes memerlukan sekurang-kurang 20 minit untuk setiap pesakit. Jika prosedur itu kompleks, masa rawatan akan menjadi lebih lama.

 

5. Adakah klinik pergigian beroperasi pada hari Sabtu/Ahad/Cuti Am?

Klinik pergigian TIDAK beroperasi pada hari Sabtu / Ahad dan Cuti Am

Klinik pergigian beroperasi pada hari Isnin-Jumaat.

 

 Masa Pendaftaran :

 
 Isnin-Khamis 8:00 am - 12:45 pm
  2:00 pm - 4:30 pm
 Jumaat 8:00 am - 12:00 pm
  2:45 pm - 4:30 pm

 

6. Bagaimana cara untuk mendapat rawatan pergigian di Pusat Kesihatan UiTM?

Saudara/Tuan/Puan perlulah mendaftar di Kaunter Pendaftaran Pergigian dengan mengguna kad pengenalan/ paspot/kad pelajar/kad staf.

 

7. Adakah rawatan di Unit Pergigian Pusat Kesihatan dikenakan bayaran?

  • Untuk pelajar  tempatan dan sepenuh masa – rawatan adalah PERCUMA kecuali  untuk rawatan gigi palsu.
  • Staf/tanggunggan –    Dikenakan bayaran kecuali untuk cabutan gigi.

Kosnya mengikut rawatan dan bayarannya melalui kad debit / kad kredit sahaja.

Bayaran dilakukan selepas prosedur rawatan.

 

8. Adakah rawatan ortodontik/membetul susunan gigi dibuat di klinik ini?

Rawatan tersebut tidak disediakan di klinik ini. Ini kerana rawatan tersebut hanya dilakukan oleh doktor pakar sahaja. Pesakit boleh mendapatkan rawatan ini di Fakulti Pergigian Sungai Buloh atau di klinik swasta.

 

9. Berapa kerap saya perlu berjumpa dengan doktor gigi?

Kekerapan adalah sebanyak 2 kali setahun ataupun sepertimana dinasihatkan oleh doktor gigi anda.

 

Contact Us

Pusat Kesihatan
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

pusatkesihatan@uitm.edu.my

Tel: +603 5544 3630/3631/3833/2999
Fax: +603 5544 3634

     

© COPYRIGHT UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA 2020

Copyright © 2020 Pusat Kesihatan UiTM. All Rights Reserved.

Disclaimer & Copyright | Privacy Statement | ICT Security Policy