FAQ Pharmacy Unit

1. Jika saya sudah berpencen,  bolehkah saya menerima rawatan dan mengambil ubat di Pusat Kesihatan?

Staf yang berpencen boleh menerima rawatan dan mendapatkan bekalan ubat di Pusat Kesihatan. Bayaran akan dikenakan ke atas rawatan yang diberi mengikut harga ditetapkan.

 

2. Mengapakah terdapat ubat yang perlu diambil sebelum dan selepas makan?

Ianya bertujuan untuk proses penyerapan ubat yang lebih berkesan.

 

3. Mengapakah  Ubat-Ubat Kronik diberi sebulan sedangkan Doktor memprikripsi selama 3 bulan atau lebih?

Ianya bertujuan untuk meningkatkan komplian pesakit terhadap cara pengambilan ubat yang betul dan selamat agar manfaat ubat diperolehi sepenuhnya. Selain itu, ia juga penting bagi memastikan stok ubat sentiasa mencukupi.

 

4. Mengapakah  Ubat-Ubat Kronik diberi sebulan sedangkan Doktor memprikripsi selama 3 bulan atau lebih?

Ianya bertujuan untuk meningkatkan komplian pesakit terhadap cara pengambilan ubat yang betul dan selamat agar manfaat ubat diperolehi sepenuhnya. Selain itu, ia juga penting bagi memastikan stok ubat sentiasa mencukupi.

 

5. Sekiranya saya ada menyimpan ubat yang telah tamat tempoh, bolehkah saya mengembalikannya ke Kaunter Farmasi?

Farmasi Pusat Kesihatan menerima ubat-ubatan yang telah tamat tempoh. Sisa ubat tersebut akan dibuang ke dalam tong sisa klinikal untuk dilupuskan. Proses ini akan dikawal selia oleh Jabatan Alam Sekitar.

 

6. Apakah perbezaan diantara kandungan ubat generik dan ubat original?

Kandungan ubat original dan ubat generik adalah SAMA.

Ubat original ialah ubat yang dipatenkan oleh syarikat yang pertama menemui ubat tersebut. Ubat generik ialah ubat yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat lain setelah tempoh paten yang diberikan kepada syarikat-syarikat yang mengeluarkan ubat original telah luput.

 

7. Apa yang perlu saya lakukan sekiranya slip ubat / sticker ubat kronik hilang?

Sekiranya slip ubat / sticker ubat kronik hilang, anda boleh membawa buku rawatan untuk mendapatkan ubat di kaunter farmasi. Ubat akan diberikan oleh Pegawai /Penolong Pegawai Farmasi sekiranya tidak melebihi tarikh temujanji.

 

8. Mengapa saya diarahkan untuk membawa "cooler box" semasa mengambil ubat insulin?

Ubat insulin yang belum dibuka dan digunakan, perlu disimpan pada suhu 2°c sehingga 8°c. Penyimpanan ubat insulin yang betul dan selamat dapat mengekalkan keberkesanan ubat. Ubat insulin yang sudah dibuka boleh disimpan pada suhu bilik.

 

9. Bolehkah saya mengambil ubat sahaja di kaunter farmasi tanpa berjumpa Doktor?

Setiap pesakit hendaklah mendapatkan konsultasi rawatan terlebih dahulu sebelum mendapatkan ubat di kaunter farmasi.

 

10. Bolehkah saya berhenti makan ubat darah tinggi/kencing manis/kolesterol sekiranya saya rasa sihat ?

Tidak. Jangan berhenti makan ubat anda tanpa arahan doktor.

Contact Us

Pusat Kesihatan
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

pusatkesihatan@uitm.edu.my

Tel: +603 5544 3630/3631/3833/2999
Fax: +603 5544 3634

     

© COPYRIGHT UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA 2020

Copyright © 2020 Pusat Kesihatan UiTM. All Rights Reserved.

Disclaimer & Copyright | Privacy Statement | ICT Security Policy