SEMAKAN TARIKH TEMUJANJI PEMERIKSAAN KESIHATAN SESI I 2017/2018 (SARJANA MUDA - KEMASUKAN SEPTEMBER 2017) BAGI KAMPUS SELANGOR (UITM SHAH ALAM, UITM KAMPUS SEKSYEN 17, UITM KAMPUS SG. BULOH, UITM KAMPUS PUNCAK ALAM DAN UITM KAMPUS PUNCAK PERDANA) BOLEH DISEMAK MULAI 16 OGOS 2017 (RABU)

Mulai Sesi 1 2017/2018 (Sarjana Muda - kemasukan September 2017), semua pelajar baharu yang mendaftar di kampus :

  • UiTM Shah Alam,
  • UiTM Kampus Seksyen 17 dan
  • UiTM Kampus Sg. Buloh

WAJIB melakukan pemeriksaan kesihatan di PUSAT KESIHATAN UITM SHAH ALAM.

Manakala, pelajar baharu yang mendaftar di kampus :

  • UiTM Kampus Puncak Alam dan
  • UiTM Kampus Puncak Perdana

WAJIB melakukan pemeriksaan kesihatan di UNIT KESIHATAN UITM PUNCAK ALAM.

 

PEMERIKSAAN HEPATITIS B DAN C, HIV SERTA BUTA / BUTA WARNA

  • PELAJAR PROGRAM PERUBATAN DAN PEMBEDAHAN PERGIGIAN akan menjalani pemeriksaan ini semasa program Minggu Destini Siswa (MDS) di Pusat Kesihatan UiTM Shah Alam.
  • PELAJAR KEJURURAWATAN DAN TEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN akan menjalani pemeriksaan ini semasa program Minggu Destini Siswa (MDS) di Unit Kesihatan UiTM Puncak Alam
  • Kos tambahan sebanyak RM 80.00 untuk Pemeriksaan Hepatitis B dan C serta HIV perlu ditanggung oleh pelajar sendiri secara tunai / kad debit semasa pemeriksaan dijalankan.

 

MAKLUMAN TAMBAHAN:

Anda dinasihatkan supaya membaca maklumat dan arahan di bawah dengan teliti supaya urusan pada HARI PEMERIKSAAN berjalan dengan lancar:

  1. Pemeriksaan Xray:
    • Anda dinasihatkan untuk TIDAK memakai sebarang barang berharga atau barang kemas.
    • Sila maklumkan kepada Juru X-ray sekiranya anda mengandung atau disyaki mengandung.
    • Pelajar perempuan TIDAK digalakkan menggunakan tudung yang mempunyai aksesori seperti manik dan pin.
  1. Pemeriksaan air kencing (Pelajar Perempuan sahaja):
    • Pelajar yang sedang haid pada hari temujanji pemeriksaan kesihatan dinasihatkan untuk memaklumkan kepada pihak Pusat/Unit Kesihatan.
  1. Sila hubungi pihak Pusat/Unit Kesihatan untuk sebarang kemusykilan:
    • Pusat Kesihatan Shah Alam – No. Tel: 03 5521 1499 / 03 5544 3833
    • Unit Kesihatan Puncak Alam – No. Tel: 03 3258 4131 / 03 3258 4139