"Aku bosan! Aku stress!"
"Aku nak mati!! memang dah tak guna hidup lama-lama"
"Semua ni menyusahkan!" 
"Masalah ni tak akan selesai"
"Hanya mati jalan untuk aku!"

Kemurungan dan kegagalan dalam pengurusan emosi sering berlaku dalam kalangan kita diatas permasalahan-permasalahan tertentu.

Bagaimana cara untuk kita hadapi?
Tiada siapakah yang dapat membantu?
Kami menghadirkan insan pada anda untuk membantu dalam berdiskusi untuk menghadapi situasi kesukaran begini...
Rohani dan jasmani amat perlu untuk dibimbing dengan ilmu untuk kita membuat satu keputusan yang terbaik dalam hidup.

Ayuh! Hadir bersama 
BICARA MINDA ~ BILA AKU NAK MOVE ON ?~
Waktu: 8.30 malam sehingga 10.30 malam
Tempat: Dewan Mawar Qaseh Lounge, Kolej Mawar
Panel: 1. Datin Sri Dr. Zainah Moktar
2. Dr. Kamilin Jamilin

Anda ingin bertanya soalan? boleh terus ke link
https://pigeonhole.at/ZG3TDR bertanyakan soalan.

Disamping itu 
Karnival kesihatan Pra Ramadhan akan berlangsung pada 16 April sehingga 18 April 2019. Pelbagai aktiviti menarik dijalankan.

Seluruh warga UiTM dijemput hadir.

Untuk pelajar disediakan kupon aktiviti dan makanan percuma.