Adakah ibu hamil boleh melakukan pemeriksaan x-ray?
Ibu hamil boleh menjalani pemeriksaan x-ray selepas trimester ke tiga iaitu usia kandungan memasuki 24 minggu, jika pemeriksaan ini sangat diperlukan selepas mendapat nasihat dari Pegawai Perubatan
Kenapa saya perlu menukar pakaian ketika menjalani pemeriksaan x-ray?
Sesetengah pemeriksaan x-ray memerlukan pesakit menukar pakaian. Ini kerana pakaian yang mempunyai zip,manik dan butang yang boleh menggangu keputusan x-ray.
Berapa lamakah pemeriksaan x-ray dijalankan?
Masa yang diambil untuk pemeriksaan x-ray adalah bergantung kepada jenis x-ray yang dijalankan. Contohnya, pemeriksaan x-ray dada (Chest X-Ray) akan mengambil masa antara 10 hingga 15 minit.
Saya seorang wanita. Bolehkah saya meminta staf wanita yang melakukan pemeriksaan x-ray saya?
Boleh, sekiranya pada waktu itu terdapat juru x-ray wanita yang bertugas. Jika tiada juru x-ray wanita, kami boleh mendapatkan staf wanita lain untuk menemani puan sepanjang pemeriksaan x-ray dijalankan.
Adakah saya perlu berjumpa dengan Pegawai Perubatan sebelum menjalani pemeriksaan x-ray?
Ya. Setiap prosedur x-ray perlu terlebih dahulu mendapat konsultasi daripada Pegawai Perubatan.