Apakah perbezaan diantara kandungan ubat generik dan ubat original?

Kandungan ubat original dan ubat generik adalah SAMA.

Ubat original ialah ubat yang dipatenkan oleh syarikat yang pertama menemui ubat tersebut. Ubat generik ialah ubat yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat lain setelah tempoh paten yang diberikan kepada syarikat-syarikat yang mengeluarkan ubat original telah luput.