Bagaimana cara pengambilan ubat ketika bulan puasa?

Pada bulan Puasa, waktu mengambil ubat boleh diubahsuaikan. Sahkan dengan doktor atau ahli farmasi anda tentang waktu-waktu ini. Ini kerana kebanyakan peraturan pengambilan ubat bergantung kepada jenis ubat yang dipreskripsikan dan juga penyakit yang dihidapi. Jika arahan yang terdapat pada preskripsi anda tidak seperti disenaraikan di bawah, rujuklah doktor atau ahli farmasi anda untuk mendapatkan pandangan mereka.

Berikut adalah panduan umum tentang cara mengubahsuai waktu mengambil ubat.

Dua kali sehari selepas makan

Mengambil ubat sekali selepas berbuka puasa dan sekali selepas bersahur.

Tiga kali sehari selepas makan

Mengikut arahan seperti 1 di atas dan ambil satu kali lagi sebelum tidur. Namun demikian tentukan anda telah mengambil sedikit makanan sebelumnya.

Dua kali sehari selepas makan

Mengambil ubat sekali selepas berbuka puasa dengan segelas air. Anda boleh makan setengah hingga satu jam selepas mengambil ubat. Pengambilan kedua haruslah setengah hingga satu jam sebelum anda bersahur

Tiga kali sehari sebelum makan

Mengikut arahan dan ambil satu kali lagi sebelum tidur.

Sekali sehari sebelum atau selepas makan

Pilih masa yang amat sesuai untuk diri anda - sama ada pada waktu berbuka puasa atau bersahur.

Setiap lapan jam

Arahan 2 atau 4 boleh digunakan bergantung kepada sebelum atau selepas makan.