Apakah fungsi semburan kabus (fogging)?

Semburan kabus (fogging) adalah semburan racun pembunuh nyamuk Aedes dewasa yang membawa virus dengan segera supaya penyakit denggi dapat dikawal daripada merebak. Biasanya  semburan kabus (fogging) akan dilakukan oleh pihak berkuasa atau pihak fasiliti apabila terdapat kes demam denggi disesuatu kawasan atau di mana-mana kawasan yang ada Indeks Aedes Yang tinggi.