FAQ Public Health Unit

1. Bagaimanakan cara untuk melakukan aktiviti promosi kesihatan di kawasan saya?

Bahan pameran kesihatan boleh diperolehi di Unit Kesihatan Awam dengan menghubungi pegawai bertugas di talian 03-5544 3831/3835/3830 atau menghantar permohonan secara bertulis kepada Pengarah Pusat Kesihatan UiTM.

 

2. Bagaimanakah untuk mendapatkan bahan pameran seperti risalah, poster dan alat pameran kesihatan?

Bahan pameran kesihatan boleh diperolehi di Unit Kesihatan Awam dengan menghubungi pegawai bertugas di talian 03-5544 3831/3835/3830 atau menghantar permohonan secara bertulis kepada Pengarah Pusat Kesihatan UiTM.

 

3. Bagaimana cara penggunaan racun jentik-jentik (Abate)?

a) Gunakan racun jentik-jentik mengikut sukatan yang betul.

b) Masukkan racun jentik-jentik di semua bekas berpotensi menakung air untuk membunuh jentik-jentik.

c) Racun jentik-jentik ini boleh bertahan sehingga 3 bulan.

d) Racun jentik-jentik ini diklasifikasikan sebagai tidak berbahaya kepada manusia dan haiwan.

 

4. Dimanakah saya boleh mendapatkan racun pembunuh jentik-jentik (Abate)?

Pusat Kesihatan ada menyediakan racun pembunuh jentik-jentik (Abate) untuk diberikan secara percuma kepada pelajar dan staf UiTM. Anda juga boleh membeli Abate di mana-mana farmasi.

 

5. Apakah fungsi semburan kabus (fogging)?

Semburan kabus (fogging) adalah semburan racun pembunuh nyamuk Aedes dewasa yang membawa virus dengan segera supaya penyakit denggi dapat dikawal daripada merebak. Biasanya  semburan kabus (fogging) akan dilakukan oleh pihak berkuasa atau pihak fasiliti apabila terdapat kes demam denggi disesuatu kawasan atau di mana-mana kawasan yang ada Indeks Aedes Yang tinggi.

 

6. Mengapa saya perlu memaklumkan Pusat Kesihatan sekiranya ingin membuat lawatan ke luar kawasan seperti pusat rekreasi, mendaki gunung (hiking), berkhemah (camping) dan sebagainya?

Ya, anda perlu memaklumkan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP) di Pusat Kesihatan  bagi mengelakkan anda dari melawati kawasan-kawasan yang berpotensi penyakit berjangkit seperti kawasan Malaria dan Kencing Tikus (leptospirosis).

 

 

7. Adakah perlu saya sebagai pengendali makanan mendapatkan suntikan typhoid (demam kapialu)?

Adalah wajib bagi semua pengendali makanan untuk mendapatkan suntikan typhoid 3 tahun sekali seperti yang tertera di dalam AKTA MAKANAN 1983 dan AKTA PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT 1988.

 

8. Bagaimana saya nak pastikan gerai tempat saya makan dalam keadaan bersih?

-pastikan pengendalian makanan berpakaian bersih, menutup kepala dan berkuku pendek.

-makanan yang dihidangkan bertutup.

-pastikan premis tersebut dalam keadaan bersih.

-Pilihlah premis makanan yang mempunyai stiker gred A.

 

9. Adakah Pusat Kesihatan menyediakan perkhidmatan suntikan typhoid (demam kapialu)?

Ya, Tuan/puan boleh berhubung dengan staff kaunter informasi bagi mendapatkan suntikan typhoid dengan bayaran yang telah ditetapkan.

Contact Us

Pusat Kesihatan
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

pusatkesihatan@uitm.edu.my

Tel: +603 5544 3630/3631/3833/2999
Fax: +603 5544 3634