Pesakit yang dipindahkan atas nasihat doktor daripada hospital kerajaan ke hospital kerajaan lain akan dikendalikan sepenuhnya oleh staf dan ambulan hospital kerajaan berkenaan. Pemindahan pesakit daripada hospital kerajaan ke hospital swasta perlu diuruskan sendiri oleh keluarga atau oleh hospital swasta berkenaan.
Ambulan Pusat Kesihatan tidak boleh digunakan untuk urusan pemindahan pesakit dari hospital ke hospital.
Ubat ubatan untuk bayi dan kanak kanak adalah terhad di Pusat Kesihatan. Puan digalakkan mendapat rawatan di klinik panel untuk pilihan jenis ubat yang lebih banyak.
Saringan kesihatan dilaksanakan di Pusat Kesihatan secara percuma untuk staf yang berumur 40 tahun ke atas. Utuk staf yang berumur kurang 40 tahun, bayaran akan dikenakan bergantung kepada jenis ujian yang dilaksanakan.
Suntikan vasinasi untuk bayi tidak terdapat di Pusat Kesihatan. Puan boleh mendapatkan perkhidmatan tersebut daripada klinik kesihatan kerajaan dan klinik panel UiTM lain.
Ya , Anda boleh datang ke Pusat Kesihatan dan mendapatkan temujanji Klinik Berhenti Merokok.
Tidak. Anda perlu berjumpa Pegawai /Penolong Pegawai Perubatan terlebih dahulu untuk sesi konsultasi sebelum mengambil ubat.
Tidak. Ambulan Pusat Kesihatan adalah untuk kegunaan kecemasan bagi membawa pelajar dan staf ke hospital. Tuan/Puan boleh menggunakan perkhidmatan ambulan Hospital kerajaan dan swasta untuk membawa ahli keluarga dari rumah ke hospital.
Tidak. Ujian HIV pra perkahwinan hanya dijalankan di klinik kesihatan kerajaan sahaja.
Tidak. Perkhidmatan ini tidak disediakan di Pusat Kesihatan.
