Tiada perkhidmatan OPG (Orthopantomogram) di klinik pergigian ini.
Nombor giliran yang diberi adalah berbeza iaitu mengikut jenis rawatan/temujanji yang diberi.
Keutamaan diberi kepada pesakit yang telah mempunyai temujanji.
Sebelum mendapatkan tarikh temujanji, anda perlu menjalani pemeriksaan terlebih dahulu. Kemudian, tarikh temujanji akan diberikan di Kaunter Pendaftaran Pergigian atau melalui telefon.
Setiap prosedur rawatan mengambil masa yang panjang untu diselesaikan. Secara purata setiap kes memerlukan sekurang-kurang 20 minit untuk setiap pesakit. Jika prosedur itu kompleks, masa rawatan akan menjadi lebih lama.
Klinik pergigian TIDAK beroperasi pada hari Sabtu / Ahad dan Cuti Am
Klinik pergigian beroperasi pada hari Isnin-Jumaat.
| Masa Pendaftaran : | |
|---|---|
| Isnin-Khamis |
8:00 am - 12:30 pm 2:00 pm - 4:30 pm |
| Jumaat |
8:00 am - 11:45 pm 2:45 pm - 4:30 pm |
Saudara/Tuan/Puan perlulah mendaftar di Kaunter Pendaftaran Pergigian dengan mengguna kad pengenalan/ paspot/kad pelajar/kad staf.
- Untuk pelajar tempatan dan sepenuh masa – rawatan adalah PERCUMA kecuali untuk rawatan gigi palsu.
- Staf/tanggunggan – Dikenakan bayaran kecuali untuk cabutan gigi.
Kosnya mengikut rawatan dan bayarannya melalui kad debit / kad kredit sahaja.
Bayaran dilakukan selepas prosedur rawatan.
Rawatan tersebut tidak disediakan di klinik ini. Ini kerana rawatan tersebut hanya dilakukan oleh doktor pakar sahaja. Pesakit boleh mendapatkan rawatan ini di Fakulti Pergigian Sungai Buloh atau di klinik swasta.
Kekerapan adalah sebanyak 2 kali setahun ataupun sepertimana dinasihatkan oleh doktor gigi anda.
