Bahan pameran kesihatan boleh diperolehi di Unit Kesihatan Awam dengan menghubungi pegawai bertugas di talian 03-5544 3831/3835/3830 atau menghantar permohonan secara bertulis kepada Pengarah Pusat Kesihatan UiTM.
Bahan pameran kesihatan boleh diperolehi di Unit Kesihatan Awam dengan menghubungi pegawai bertugas di talian 03-5544 3831/3835/3830 atau menghantar permohonan secara bertulis kepada Pengarah Pusat Kesihatan UiTM.
a) Gunakan racun jentik-jentik mengikut sukatan yang betul.
b) Masukkan racun jentik-jentik di semua bekas berpotensi menakung air untuk membunuh jentik-jentik.
c) Racun jentik-jentik ini boleh bertahan sehingga 3 bulan.
d) Racun jentik-jentik ini diklasifikasikan sebagai tidak berbahaya kepada manusia dan haiwan.
Pusat Kesihatan ada menyediakan racun pembunuh jentik-jentik (Abate) untuk diberikan secara percuma kepada pelajar dan staf UiTM. Anda juga boleh membeli Abate di mana-mana farmasi.
Semburan kabus (fogging) adalah semburan racun pembunuh nyamuk Aedes dewasa yang membawa virus dengan segera supaya penyakit denggi dapat dikawal daripada merebak. Biasanya semburan kabus (fogging) akan dilakukan oleh pihak berkuasa atau pihak fasiliti apabila terdapat kes demam denggi disesuatu kawasan atau di mana-mana kawasan yang ada Indeks Aedes Yang tinggi.
Ya, anda perlu memaklumkan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP) di Pusat Kesihatan bagi mengelakkan anda dari melawati kawasan-kawasan yang berpotensi penyakit berjangkit seperti kawasan Malaria dan Kencing Tikus (leptospirosis).
Adalah wajib bagi semua pengendali makanan untuk mendapatkan suntikan typhoid 3 tahun sekali seperti yang tertera di dalam AKTA MAKANAN 1983 dan AKTA PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT 1988.
- pastikan pengendalian makanan berpakaian bersih, menutup kepala dan berkuku pendek.
- makanan yang dihidangkan bertutup.
- pastikan premis tersebut dalam keadaan bersih.
- Pilihlah premis makanan yang mempunyai stiker gred A.
Ya, Tuan/puan boleh berhubung dengan staff kaunter informasi bagi mendapatkan suntikan typhoid dengan bayaran yang telah ditetapkan.
