FAQ Staff Panel Clinic Unit

1. Apakah tindakan yang perlu dilakukan sekiranya terdapat sebarang aduan mengenai perkhidmatan daripada klinik panel?

Staf boleh mengemukakan sebarang aduan secara rasmi melalui surat atau email kepada Pengarah Pusat Kesihatan UiTM

 

2. Bagaimanakah cara untuk staf menambah bilangan tanggungan didalam Sistem eKlinik Panel staf?

Staf perlu menyerahkan dokumen yang berkenaan kepada Bahagian Saraan dan Perkhidmatan (UiTM Shah Alam) atau Bahagian Pentadbiran (Kampus Cawangan) untuk dikemaskini didalam sistem

 

3. Berapa kerap pertukaran klinik panel staf boleh dibuat?

Pertukaran klinik panel hanya dibenarkan dibuat sekali dalam tempoh satu (1) tahun daripada tarikh pemilihan asal kecuali :

       a) Bagi staf yang bertukar tempat bertugas

       b) Bagi staf yang berpindah tempat kediaman

       c) Bagi klinik panel yang telah ditamatkan perkhidmatan

 

4. Adakah staf boleh membuat tuntutan bayaran balik sekiranya mendapatkan rawatan dari klinik bukan panel UiTM?

Sekiranya staf berada di luar Ibu Pejabat/di luar kawasan kediaman/kejadian kecemasan, staf dibenarkan mendapatkan rawatan perubatan di mana-mana klinik jika perlu (namun terhad kepada rawatan pesakit luar sahaja tidak termasuk rawatan di Kliniik Pakar dan Hospital Swasta) dengan melengkapkan borang tuntutan beserta resit asal rawatan

 

5. Berapakah had rawatan maksimum yang ditetapkan oleh UiTM?

Rawatan kepada staf adalah mengikut kadar yang ditetapkan. Sekiranya rawatan melebihi daripada kadar yang telah ditetapkan, perbezaan harga rawatan hendaklah ditanggung sendiri oleh staf/pesakit.

 

6. Apakah jenis rawatan staf dalam tanggungan yang tidak ditanggung oleh UiTM?

UiTM tidak menanggung caj rawatan bagi perkhidmatan Ultrasound dan  vitamin tambahan kepada staf UiTM dan tanggungan.

Contact Us

Pusat Kesihatan
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

pusatkesihatan@uitm.edu.my

Tel: +603 5544 3630/3631/3833/2999
Fax: +603 5544 3634